Tuesday, 10 April 2018
Keputusan SPM 2017
Hari : Khamis
Tarikh : 15 Mac 2018
Lokasi : Dewan Penyayang SMKPLM
Sasaran : Semua pelajar spm 2017
--- OBJEKTIF ---
Hari keputusan SPM sesi 2017 diserahkan kepada bekas pelajar SMKPLM , terpancar wajah yang ceria tanda kesyukuran dengan keputusan diperolehi . Kami warga guru sentiasa mendoakan kalian terus cemerlang dalam menempah kejayaan di dunia dan akhirat .
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE 19
Hari : Khamis
Tarikh : 15 Mac 2018
Lokasi : Padang SMKPLM
Sasaran : Semua Pelajar
Perasmi : Puan Hajah Rosniyati Bt Ramli
--- OBJEKTIF ---
Acara kemuncak kejohanan sukan peringkat sekolah dilangsungkan setelah tapisan dan saringan peserta untuk pelbagai acara seperti lompat tinggi , lompat jauh , merejam lembing , larian , lontar peluru dan lempar cakera dipertandingkan. Kesemua pelajar diberi peluang untuk menjayakan kejohanan ini dari aspek kesukanan , kawad kaki , perbarisan rumah sukan juga unit beruniform .
Ceramah Pergigian Klinik Kesihatan
Hari : Selasa
Tarikh : 30 Januari 2018
Lokasi : Bilik Bestari
Sasaran : Semua Pelajar Tingkatan 1
--- OBJEKTIF ---
Semua pelajar tingkatan 1 diberi pendedahan kepada penjagaan pergigian untuk mengelakkan daripada kerosakan kekal pada gigi dan memastikan kebersihan gigi pada setiap masa dijaga dengan betul. Pelajar juga didedahkan dengan penyakit berkaitan gigi dan gusi yang boleh mengakibatkan kerosakan kekal dan menyakitkan.
Thursday, 1 March 2018
Karnival 1 Murid 1 Sukan
Hari : Isnin
Tarikh : 12 Februari 2018
Lokasi : Padang Sekolah
Sasaran : Semua Pelajar
--- OBJEKTIF ---
Pelajar diberi peluang untuk menyumbang mata kepada rumah sukan masing - masing menjana kumpulan mata sebelum Kejohanan Sukan Peringkat Sekolah. Menerusi 4 sesi aktiviti iaitu :-
- Larian 100M
- Lompat Jauh
- Lontar Peluru
- Lempar Cakera
Sesi sukantara adalah melibatkan 4 rumah sukan utama iaitu :-
- BIRU
- HIJAU
- KUNING
- MERAH
Majlis Pelancaran Program Sekolah Penyayang
Hari : Ahad
Tarikh : 7 Januari 2018
Lokasi : Dataran Muhibbah
Sasaran : Semua Pelajar dan Guru
--- OBJEKTIF ---
Melahirkan warga negara Malaysia yang mempunyai minda kelas pertama, menyediakan suasana yang kondusif dan baik akan menarik minat para pelajar untuk ke sekolah. Minda mereka akan dapat dibina dan dan diisi dengan unsur-unsur yang boleh membangun jati diri sebagai warga Malaysia mengikut acuan sendiri.
Program "Kelas Ku Hebat" pula mampu mendidik pelajar menjadi bertanggungjawab menjaga kebersihan serta tingkah laku pelajar ke arah yang lebih baik dan juga memupuk minat pelajar untuk datang ke sekolah.
-- 10 BUDAYA SEKOLAH PENYAYANG --
- Hormat - Menghormati
- Sayang - Menyayangi
- Pengukuhan Positif
- Budaya Kerja Berpasukan
- Doa Mendoakan
- PenglibatanSemua Pihak
- Perkongsian
- Bertanggungjawab
- Ambil Tahu
- Menjadi Pendengar Yang Baik
Kejohanan Merentas Desa
Hari : Khamis
Tarikh : 18 Januari 2018
Lokasi : SMK Pengkalan Lebai Man
Sasaran : Semua Pelajar dan Guru
--- OBJEKTIF ---
Melaksanakan aktiviti tahunan takwim persekolahan dengan melestarikan Kejohanan Merentas Desa bagi semua pelajar SMK Pengkalan Lebai Man. Aktiviti ini memastikan kemenjadian murid dalam aspek kesihatan fizikal menerusi 1M1S dan ia disambut baik oleh semua warga SMK Pengkalan Lebai Man. Semoga ia memberi natijah yang baik kepada semua golongan warga SMK Pengkalan Lebai Man.
Saturday, 24 February 2018
Kursus LDP VOTEK - Mirroring & Penyebaran KSSM (RBT)
Hari : Khamis
Tarikh : 18 Januari 2018
Lokasi : Bengkel Kemahiran Hidup
Sasaran : Guru KH dan Panitia VoTeK
--- OBJEKTIF ---
Guru diberi pendedahan dengan modul terkini KSSM bagi subjek Kemahiran Hidup dan kursus ini telah berlangsung dengan jayanya. Kursus ini juga diselitkan dengan satu slot ICT dengan memperkenalkan teknik Wireless ShareCast atau istilah mudah dan lebih mesra pengguna Mirroring antara gadget, laptop , desktop , smartphone dengan LCD Projector di mana Pembelajaran abad ke 21 (PAK21) sangat memerlukan guru mengajar dengan bantuan visual untuk meningkatkan pemahaman pelajar . Semoga kursus ini memberi manfaat kepada rakan guru kelak . Ameen .
Subscribe to:
Posts (Atom)