Monday, 8 October 2012

Pengetua Baru SMKPLM.........


Patah tumbuh hilang berganti........
Pada hari yang sama pengetua kita Tuan Haji Omar B Abdul Rahman berhijrah ke sekolah barunya
Begitu jugalah hadirnya Tuan Haji Adenan B Hj Husin melangkahkan kakinya buat pertama kali ke SMKPLM selaku pengetua sekolah kita......

Kehadiran tuan amat kami hargai .....

Semoga SMKPLM akan terus berkembang maju, berdaya saing dan mencipta pelbagai kejayaan di bawah pimpinan Tuan Pengetua.........


Tuan Haji Omar Bin Abd Rahman menyerahkan tugas kepada Tuan Haji Adenan Bin Husin


Sunday, 9 September 2012

Perginya seorang wira.... Majlis Perpisahan Pengetua...

Tanggal 15 Ogos 2012.... 
Tarikh bersejarah SMK Pengkalan Lebai Man.... 
atu majlis Perpisahan Pengetua telah diadakan demi meraikan Tuan Pengetua Haji Omar B Abdul Rahman yang bertukar ke sekolah baru berikutan proses "formality" kenaikan pangkat seorang pengetua. Demi mengenang jasa beliau sepanjang berkhidmat di sini dari 2008 sehingga 2012 satu majlis telah diadakan. Pelbagai hadiah tanda ingatan telah disampaikan oleh para guru dan murid kepada beliau.Di harap walau di mana pun tuan pengetua berada jasa mu tetap kami kenang.... Bak kata pepatah biar jauh di mata.. namun dekat di hati.....