Aluan

Alu-aluan Tuan Pengetua

Bismilahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.


Fokus utama kita tahun ini adalah untuk menuju kecemerlangan dalam semua bidang iaitu kurikulum , sahsiah dan kokurikulum bertepatan dengan tema yang yang dipilih pada tahun ini "Bersama Ke Arah Kecemerlangan" . Hal ini selaras dengan amanah dan bertanggungjawab yang dipikul oleh warga pendidik untuk merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi mencapai hasrat mentransformasikan pendidikan negara. Marilah kita sama-sama mendokong cita-cita murni Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang menggariskan 5 Aspirasi Sistem , 5 Aspirasi Murid , 9 Keberhasilan Utama , 11 anjakan utama dalam 3 gelombang yang bermula 2013-2025

Sehubungan dengan ini saya menyeru warga SMKPLM supaya berlapang dada dan bersikap positif dalam menggalas tugas dan amanah ini. Kita perlu berpegang kepada prinsip dalam setiap cabaran ada peluang yang baik menanti kita.

 saya berharap warga SMKPLM dapat melaksanakan program yang dirancang dengan lebih hebat berbanding tahun 2014. Pastikan strategi kita betul dan sasaran kita tepat untuk meraih kecemerlangan dalam semua bidang.


Laman blog merupakan salah satu daripada beberapa laman sosial maya yang popular dalam kalangan peminat dan pelayar laman sosial. Sekolah memilih ‘blog’ dan tidak ‘facebook’, ‘twitter’, dan sebagainya kerana ‘blog’ tidak berbentuk interaktif tetapi lebih kepada informatif.

Terdapat banyak informasi berfaedah kepada pelajar yang dipaparkan dalam blog sekolah. Antaranya, program-program penting sekolah sama ada dalam bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid , Kokurikulum juga Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Blog sekolah juga sangat bermanfaat dan banyak membantu guru-guru dan staf sokongan sekolah. Terdapat beberapa pautan seperti  Pengkalan Data Murid, EMIS On-Line, SAPS, e-Operasi, e-SPLG, e-Pangkat, e-Penyata Gaji dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (e-Filing). Saya yakin banyak lagi pautan berguna yang akan dimasukkan dari semasa ke semasa pada laman blog sekolah oleh ‘blogger’ sekolah yang boleh memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar tetapi guru-guru dan staf sokongan.  Malah, saya berharap blog SMKPLM boleh menjadi rujukan atau laman pencarian maklumat sekolah oleh pihak-pihak berkepentingan atau ‘stakehoder’ kita seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Kedah dan Pejabat Pegawai Pelajaran Daerah serta pihak Jemaah Nazir Sekolah Malaysia.

Tidak dilupakan kepada pelanggan (‘client’) utama kita iaitu para waris pelajar, sudah tentu blog sekolah kita menterujakan mereka. Paling penting, sedikit sebanyak melalui blog ini, persepsi negatif sesetengah waris terhadap SMKPLM dan warganya, akan terhakis sedikit demi sedikit dengan sendirinya. Akhirnya reputasi dan imej sekolah akan meningkat. Hasilnya, seluruh warga SMKPLM, semua ‘stakehoder’, ‘client’ utama sekolah dan seluruh komuniti setempat boleh berbangga dengan SMKPLM.

Akhirnya, saya yakin lagi optimis bahawa dengan adanya laman blog SMK Pengkalan Lebai Man akan lebih dikenali dengan lebih dekat bukan sahaja oleh seluruh warganya malah  dalam kalangan seluruh warga pendidikan di seantero negara khususnya dan di dunia amnya

Hajjah Rosniyati Binti Ramli