Fokus Sekolah

1. Meningkatkan pencapaian dari segi   kuantiti dan kualiti dalam semua  peperiksaan dalaman,Pentaksiran   Berasaskan  Sekolah  dan SPM.

2. Meningkatkan Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 0.2 dan peningkatan peratus lulus sebanyak 5 peratus  dalam peperiksaan SPM pada tahun 2015.

3.Membentuk sahsiah mulia dalam kalangan pelajar dengan pemantapan pengurusan disiplin melalui pengurangan kes-kes jenayah ringan, sederhana dan berat.

4.Mencapai kegemilangan dalam bidang Kokurikulum melalui pemantapan pengurusan dan gerak kerja kokurikulum bagi perkembangan sahsiah dan potensi individu dalam kalangan pelajar.

5.Meningkatkan pengurusan sumber manusia yang cekap dan berkesan serta secara berterusan bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru  untuk kemajuan sekolah.

6.Mengurus sistem kewangan yang betul,kemas dan teratur mengikut procedur yang ditetapkan supaya kekal pada tahap cemerlang.

7.Memantapkan pengurusan persekitaran dan fizikal sekolah secara berkesan bagi mewujudkan iklim yang aman dan kondusif .

8.Meningkatkan sistem pentadbiran pejabat yang cekap ke arah pengurusan pendidikan yang mantap dan berkesan.

9.Meningkatkan hubungan yang baik dengan ibu bapa/penjaga/pihak luar yang melibatkan perkongsian pintar bagi meningkatkan prestasi pelajar.