Sejarah


Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Lebai Man ditubuhkan dengan rasminya di bawah Akta Pendidikan Malaysia pada 1 Januari 2000. Pada peringkat awal, pelajar di sekolah ini berjumlah 282 orang, iaitu sebanyak 8 kelas dan 21 orang guru serta 4 orang staf sokongan.
Sekolah ini ditumpangkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria Jaya pada sesi petang sehingga Disember 2000 dan berpindah ke bangunan sekarang pada 1 Januari 2001 bersamaan 5 Syawal 1421.
Sekolah ini dibina di atas tapak yang berkeluasan 9.96 ekar dan berhampiran dengan taman perumahan seperti   Taman Berangan, Taman Beringin, Taman Sri Wang dan Taman Keladi. Kos pembinaan sekolah ini mendapat perutukan daripada Rancangan Lima Tahun Malaysia ke-7 dan dibina oleh Syarikat Maju Holding. Siap dibina pada April 2000.
Sekolah ini telah dibaik pulih setelah berlaku beberapa kerosakan seperti siling, keretakan anak tangga, tangki air utama yang bocor dan sebagainya. Sekolah yang berusia lebih 10 tahun ini juga perlu dicat semula. Akhirnya KPM teah meluluskan peruntukan untuk membaik pulih bangunan sekolah ini. Projek baik pulih bermula pada bulan Ogos 2011 dan berakhir pada bulan Jun 2012.